Friday, October 11, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni saya nak kongsikan sedikit tentang Hari Raya Qurban yang akan kita lalui x lama lagi.

Hari Raya Qurban yang kita duk sembelih lembu kambing tu sebenarnya asalnya dari peristiwa yang amat penting dalam islam iaitu Perintah Allah supaya Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

Peristiwa ini ada diceritakan di dalam al-Quran al-Karim (As-Saffat ayat 99 hingga ayat 111).

Kisahnya macam yang kita tahu, Nabi Ibrahim berdoa supaya Allah memberikan baginda anak yang soleh (as-Saffat: 100), lalu dikurniakan baginda Ismail a.s ketika baginda berumur 86 tahun.

Nabi telah hantar isterinya, Hajar dan anaknya, Ismail a.s ke tengah2 padang pasir (Mekah skrg) atas perintah Allah. Mengapa? Atas sebab cemburu isteri pertama Nabi Ibrahim, Sarah. Sarah membenarkan baginda berkahwin dengan hajar kerana beliau tiada anak. Setelah Hajar melahirkan Ismail a.s, timbul cemburu di hati Sarah.

Skip kisah tu, ketika Ismail sudah remaja, Nabi Ibrahim  a.s bermimpi baginda menyembelih anaknya, Ismail a.s (mimpi para nabi adalah wahyu). Lalu dikhabarkan kpd Nabi Ismail a.s dan meminta pandangan anaknya.

Ismail a.s berkata : "Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah kamu akan dapati aku termasuk orang2 yang sabar". (as-Saffat:102)

Beginilah anak yang Soleh dan beriman kepada Allah s.w.t. hasil doa Nabi Ibrahim a.s.

Namun, parang baginda tidak dapat melukakan tengkuk Ismail a.s. Lalu Allah gantikan dengan seekor kibas yang besar. Demikianlah balasan bagi orang yang berbuat baik.

Allah berfirman: "Kami abadikan bagi Ibrahim (pujian) dalam kalangan orang2 yang datang kemudian (as-Saffat: 108).

Yakni bermaksud kesabaran Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah ini diabadikan dalam umat selepas baginda, melalui kewajipan sembelihan di Hari Raya Aidiladha.

Selain itu, dalam tahiyat akhir, ada selawat kita selalu baca untuk Nabi Ibrahim a.s (Selawat Ibrahimiyah) sebagai balasan kepada orang2 yang berbuat baik (Ibrahim).

Kalau dilihatkan, mampukah seorang ayah sekarang nak sembelih anak sendiri?  Sudah tentu tidak! jadi inilah ujian yg besar buat Nabi Ibrahim a.s.

Jadi inilah sebenarnya sejarah datangnya perintah Allah agar kita menyembelih ketika hari Raya Aidiladha. Rebutlah peluang untuk beli bahagian qurban tu. Besar pahalanya. 

Pengajarannya :

1. Sembelih tu bukan setakat nak buat rendang je, tapi ada kisah bermakna di sebaliknya iaitu kesabaran nabi melaksanakan perintah Allah s.w.t.

2. Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh.

3. Keluarga yang taat kepada perintah Allah.

4. Ketepikan logik akal dan kepentingan diri dalam melaksanakan segala perintah Allah.

5. Yakinlah dengan Allah, sabar dan sentiasalah berlumba-lumba melakukan kebaikan.

6. Selalulah ucap "INSYAALLAH" dalam setiap ungkapan kita kerana kita tiada daya melainkan dengan izin Allah s.w.t.

InsyaAllah sekian sahaja perkongsian. Harap bermanfaat. Amin..

Semoga Allah merahmati kita. Bersama kita kecapi MARDHATILLAH.. InsyaAllah

Friday, October 28, 2011

Adab2 dalam Islam